Monday, December 28, 2009

catatan sejarah silam

MELAYU DIKACA MATA ANAK MERDEKA
- kamarur raudzi bin mohd majzub


1. Pendahuluan

Sebelum kedatangan orang-orang Portugis, memang sudah ada orang bukan Melayu di Melaka dan Kedah. Ramai juga di antara mereka itu adalah orang Cina. Setakat yang diketahui hubungan di antara orang Melayu dengan orang Cina adalah di­anggap baik. Keadaan begini mudah difaham kerana selalunya kalau di tempat-tempat yang tidak ramai orang Cina, mereka akan mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh membang­kitkan kemarahan orang Melayu. (Hakikat ini menerangkan mengapa pertelingkahan kaum tidak pernah berlaku di negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah). Sudah tentunya orang-orang Cina telah mengalami layanan-layanan yang kurang menye­nangkan, tetapi 'mereka tidak membantah walaupun Negeri China menganggap Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada jajahan takluk mereka. Orang Cina dan lain-lain kaum telah mempelajari bahasa dan cara hidup orang Melayu. Oleh itu per­sengketaan jarang berlaku, dan kalau berlaku jarang berpan­jangan

Orang Melayu merasa kecewa bila pihak British mencadang­kan supaya orang Cina dan India diberi hak yang sama dengan orang Melayu dalam gagasan baru Malayan Union. Kerun­cingan hubungan Melayu-Cina memuncak semula, tetapi kali ini keadaan lebih rasional dan berterusan berikutan kesedaran umum bangsa Melayu terhadap rancangan British itu. Sejak dari itulah sikap Melayu-Cina bertukar menjadi isu politik negara yang TIDAK DAPAT diselesaikan bukan di peringkat tempatan tetapi di peringkat pihak berkuasa yang paling tinggi di negara ini.Punca pergolakan MCA sekarang?

2. Di mana Silapnya?
Sewaktu berkuasa, UMNO mempunyai lebih banyak suara dari yang diperlukan. Sikap tidak mempedulikan kritik-kritik dari dalam parti tidak meluakkan kekuatan parti itu pada mulanya. Namun kemerosotan sokongan dari orang ramai yang berlaku terus menerus, sedikit demi sedikit mengikis keupa­yaannya untuk mendapatkan sokongan yang cukup pada masa pilihanraya.
UMNO ditubuhkan oleh kerana rasa bimbang orang Melayu terhadap orang Cina. Masa berbaik-baik sebelum dan selepas Merdeka telah mengurangkan perasaan bimbang orang Melayu, tetapi kebimbangan ini tidak pernah lenyap sama sekali. Selagi orang-orang Cina atau pengikut-pengikut Malaysian Chinese Association (MCA) yang agak banyak itu bekerjasama dengan orang Melayu, kebimbangan ini dapat dipendamkan. Apabila pemimpin-pemimpin semakin menyeleweng dari dasar yang di­tetapkan oleh UMNO dan ini ditambah pula dengan tuntutan­tuntutan secara terang-terang dan berterusan oleh orang-orang Cina yang berada di dalam ataupun di luar MCA, kebimbangan itu bangkit semula. Pemimpin-pemimpin UMNO lebih suka memenuhi hasrat orang Cina dan bergantung kepada kuasa pe­naungan tadi dan juga sikap patuh orang-orang Melayu sendiri untuk mengikut arahan-arahan parti. Namun sikap tidak mempedulikan kritik-kritik dan tidak mengendahkan penyo­kong-penyokong yang mula berpaling tadah sudah tentulah mempunyai kesan ke atas parti. UMNO menjadi semakin lemah dan menjelang pilihanraya 1969 kekuatan pengaruhnya begitu merosot sekali hinggakan terpaksa bergantung kepada sum­bangan wang Kerajaan yang banyak untuk mendapatkan soko­ngan di beberapa buah kawasan yang tidak menyokongnya.
Memang sudah nyata bahawa menjelang pilihanraya tahun 1969 semua golongan penduduk negara ini tidak puashati dengan Kerajaan. Orang Melayu tidak puashati kerana dari pandangan mereka Kerajaan terus memihak kepada orang Cina, sedangkan Kerajaan telah gagal untuk membetulkan ketidak-seimbangan pembahagian kekayaan dan kemajuan bagi kaum-kaum di Malaysia. Sewaktu menyuarakan perasaan tidak puashati mereka ini, mereka telah membangkitkan kemarahan penduduk bukan Melayu, terutama orang Cina. Tuntutan­tuntutan orang Cina pula bertambah apabila pemberian Kerajaan semakin menghairahkan keinginan mereka. Pada mulanya orang Cina yang berfahaman sederhana menganggap bahawa tuntutan-tuntutan golongan pelampau adalah langkah wajar untuk mengawal tuntutan orang Melayu. Malangnya, lama-kelamaan golongan sederhana ini akhirnya turut menjadi mangsa strategi mereka sendiri. Sebagai langkah untuk mengekalkan pengaruh mereka, golongan sederhana terpaksa menurut kehendak golongan pelampau. Sudah tentu sahaja tindakan tersebut membangkitkan semula permusuhan dan perasaan curiga orang Melayu. Jurang perpisahan antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin meluas.

Di mana silapnya? Memang banyak perkara yang silap. Pertama, dasar awal Kerajaan adalah salah. Kerajaan berang­gapan bahawa harmoni sudah sedia wujud sejak dahulu dan kerjasama antara orang-orang Melayu dan Cilia dalam usaha mendapatkan kemerdekaan adalah satu contoh harmoni antara kaum. Kerajaan beranggapan bahawa orang Cina hanya ber-minat di dalam bidang perniagaan dan mengumpulkan harta, sementara orang Melayu hanya mahu menjadi kakitangan Kera­jaan. Anggapan yang salah ini telah menyebabkan wujudnya dasar-dasar yang merombak persefahaman yang tipis di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Di samping itu, kerana terlalu bongkak dengan suara terbanyak, Kerajaan semakin tidak mahu mendengar langsung kritikan yang disuarakan oleh pihak pem­bangkang mahupun dari penyokong-penyokong Kerajaan sen­diri. Jurang di antara Kerajaan dengan rakyat semakin meluas hinggakan Kerajaan tidak lagi dapat menyelami perasaan rakyat atau mentafsirkannya dengan betul. Dengan itu Kerajaan tidak dapat merasakan perubahan radikal dalam pemikiran rakyat sejak kemerdekaan sehingga menjelang pilihanraya tahun 1969. Akhirnya apabila Kerajaan memenangi pilihanraya tahun 1969 hanya dengan majoriti yang merosot, Kerajaan amat terkejut hinggakan pertimbangannya pun tidak lagi sempurna. Maka berlakulah pembunuhan terhadap manusia dan pembakaran terhadap harta benda dan keadaan yang huru-hara pada 13 Mei, 1969. Di situlah letak silapnya.

Agama Islam telah berkembang menjadi benteng yang kukuh bagi orang-orang Melayu dari berubah kepada lain-lain agama. Selama ini orang-orang Melayu bebas berkahwin dengan orang­orang di luar agama mereka. Akan tetapi Islam kini telah melarang amalan tersebut kecuali apabila syarat-syarat tertentu dipatuhi. Orang yang melanggar perintah-perintah agama akan menerima hukuman yang amat memalukan. Oleh itu perkara­perkara yang berbeza dari amalan Islam yang biasa tetap disyaki dan tidak akan diterima.
Kesultanan Melaka bertambah makmur sewaktu agama Islam sedang tersebar luas di Tanah Melayu. Melaka telah menarik ramai pedagang asing, dan seterusnya penjajah-penjajah yang hendak memerintah serta pendatang yang hendak bermas­tautin. Namun begitu, orang Melayu pada ketika itu tidak dapat lagi ditembusi oleh pengaruh-pengaruh agama lain. Dengan itu pendatang-pendatang Cina yang pada mulanya menetap di Melaka dan kemudian di kawasan-kawasan lain di Tanah Melayu telah terpisah sama sekali dari orang-orang Melayu. Di Negeri Thai ada terdapat orang-orang Cina yang diserapkan ke dalam masyarkat tempatan, pada hal di Tanah Melayu perkara ini tidak berlaku. Malah ada orang-orang Cina yang bertutur dalam Bahasa Melayu, berpakaian serta mengikuti beberapa adat orang Melayu, namun mereka tetap juga tidak diterima disebabkan perbezaan agama. Kahwin campur antara orang Melayu dan orang Cina jarang sekali berlaku.
Selain daripada pengaruh agama Islam, perubahan yang paling nyata dalam kehidupan orang Melayu ialah kemasukan secara beramai-ramai pendatang-pendatang Cina. Orang Melayu jati atau peranakan, sebelum kedatangan orang Cina bukan sahaja terdiri dari golongan petani, bahkan peniaga­peniaga kecil dan ahli tukang dan pekerja mahir dan juga sebagai pentadbir di bawah sistem penghulu dan raja-raja. Kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu mengakibat­kan pertelingkahan di antara dua kaum yang berbeza, baik dari segi pengaruh keturunan mahupun alam sekitar masing-masing. Sebelum memahami perbezaan ini eloklah dikaji secara ringkas akan latar belakang pendatang-pendatang Cina itu.
Sejarah Negeri China adalah penuh bergelombang dengan berbagai-bagai malapetaka baik dalam bentuk bencana alam mahupun akibat perbuatan manusia sendiri. Empat ribu tahun yang lalu telah berlaku bencana banjir yang amat besar, dan banjir besar begini biasanya diikuti pula oleh kekurangan makanan. Sementara itu, penceroboh dari luar, maharaja-maharaja dan pembesar-pembesar mengganas di seluruh pelusuk negara tersebut. Bagi orang Cina kehidupan mereka adalah satu perjuangan yang berterusan. Dalam proses ini mereka yang lemah dari segi mental dan fizikal akan tewas kepada mereka yang kuat dan rajin berusaha. Proses ini dan juga pertarungan untuk hidup berlaku generasi demi generasi, selama empat ribu tahun atau lebih, di mana mereka yang kuat sahaja akan kekal. Seolah-olah itu belum mencukupi, adat orang Cina melarang perkahwinan dari kalangan rumpun keluarga yang sama. Ini menyebabkan berlaku lebih banyak peranakan dari keluarga yang terasing daripada pembiakan keturunan yang sama. Cara ini adalah berbeza dengan orang­orang Melayu yang lebih cenderung kepada amalan perkahwinan selama keturunan. Adat orang Cina ini ialah untuk melahirkan ciri dan baka yang baik yang boleh memudah-kan kehidupan mereka serta menambahkan lagi pengaruh alam sekitar ke atas orang-orang Cina.
Di samping menderita akibat malapetaka semulajadi dan peperangan yang berlaku berulang kali, orang-orang Cina terpaksa pula menghadapi penindasan dari maharaja-maharaja dan pembesar-pembesar serta pegawai-pegawai mereka yang sentiasa mengganas. Dalam keadaan begini, kalau hendak hidup dan menikmati kesenangan hendaldah pandai memenuhi kehendak-kehendak pemerintah tadi. Orang-orang Cina sudah begitu cekap dengan keadaan seperti ini hinggakan sistem hubungan di antara rakyat biasa dengan para pegawai menjadi ciri yang terkenal dalam masyarakat Cina. Pegawai-pegawai itu pula melindungi rakyat kerana menjaga kuasa mereka sendiri lebih daripada sebagai tanggungjawab mereka. Dari sistem ini maka membiaklah pertubuhan sulit sebagai satu cara untuk memberi perlindungan yang dikatakan tadi. Orang-orang Cina yang telah berpindah ke pulau-pulau dan tanah semenanjung Asia Tenggara telah pun mengalami pengaruh alam sekitar, keturunan dan lain-lain faktor. Mereka yang meninggalkan Negeri China untuk mengadu nasib di seberang laut adalah orang-orang yang berhati cekal dan rajin berusaha. Seperti juga penghijrah-penghijrah yang terdapat di seluruh dunia, orang Cina yang meninggalkan negerinya adalah mereka yang tidak puas hati dengan keadaan nasib mereka dan mempunyai keinginan mahu membaiki kehidupan mereka dan sudah tentu­lah kerana azam mereka akan berusaha ke arah matlamat itu. Demikian pulalah orang Cina yang datang ke Tanah Melayu, dan mendapat galakan dari pihak British, mereka lebih cekal menghadapi cabaran dan rajin berusaha.
Orang-orang Melayu yang selama ini lemah disebabkan oleh pengaruh keturunan dan alam sekitar tidak berupaya untuk menghadapi cabaran pendatang-pendatang Cina ini, hingga terpaksa mengalah. Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh orang Melayu, orang Cina boleh melakukannya, tetapi dengan lebih baik dan lebih murah. Lama-kelamaan pendatang-pendatang Cina yang mempunyai keazaman yang kuat dan rajin bekerja mula mengambil tempat perniagaan-perniagaan kecil dan semua kerja mahir yang dahulunya diusahakan oleh orang Melayu. Apabila kekayaan mereka mulai bertambah hubungan sosial mereka juga bertambah. Dari pengalaman yang diperolehi di negeri asal mereka, pendatang-pendatang Cina ini tidak lama kemudian telah mewujudkan corak hubungan yang serupa antara pegawai-pegawai dan pedagang-pedagang, seperti yang terdapat di Negeri China.
Pihak British telah melihat bagaimana orang-orang Cina menghapuskan kebolehan orang-orang Melayu dalam bidang pertukangan, kerja-kerja mahir dan perniagaan, lalu mereka telah menggalakkan kemasukan pendatang Cina. Galakan British ini menyebabkan orang Melayu hilang langsung peluang pekerjaan mereka dalam bidang-bidang tersebut. Walau bagaimanapun, orang-orang Melayu di bandar digalakkan untuk memegang jawatan di dalam pentadbiran kerajaan. Pada ketika itu orang Melayu mulai sedar akan bahaya orang Cina lalu mereka menghargai sokongan pihak British untuk mengekalkan kuasa politik kepada orang Melayu. Dalam pada itu, kekuasaan politik yang diserahkan bulat-bulat kepada sebuah negara Melayu akan membahayakan kepentingan British. Memandangkan kurangnya perpaduan di antara orang Melayu bandar dengan orang Melayu di desa, pihak British telah menggunakan kesempatan itu dan mencari jalan untuk mengekalkan keadaan itu. Satu cara yang dilakukan oleh pihak British ialah dengan menggalakkan orang Melayu di bandar bekerja di pejabat lalu menanam di kalangan mereka itu anggapan bahawa status mereka adalah lebih tinggi daripada pekerja-pekerja buruh kasar dan para petani.
Orang Melayu yang tinggal di bandar telah diberikan pelajaran rendah dalam Bahasa Inggeris, tetapi pelajaran yang sama tidak pula diberikan kepada orang Melayu di luar bandar. Sistem tanah simpanan orang Melayu telah secara fizikal menambahkan lagi perpecahan tersebut. Orang-orang Melayu dari luar bandar mendapati amat sukar untuk mendapatkan tanah di bandar yang lazimnya bukan tanah simpanan. Tanah­tanah luar bandar pula hampir keseluruhannya adalah tanah simpanan untuk orang-orang Melayu. Secara tidak langsung hakikat ini telah menetapkan bahawa perkembangan serta kemajuan orang-orang Melayu cuma terbatas di luar bandar. Di samping itu pula, terdapat peruntukan-peruntukan yang mem- bolehkan orang British memecahkan lagi tanah simpanan Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka boleh menentukan arah perkembangan orang Melayu mengikut kehendak mereka, sedangkan mereka juga cuba mengekalkan tanggapan bahawa mereka begitu berhasrat untuk menjaga kepentingan orang Melayu dari percerobohan orang Cina.
Perniagaan orang-orang Cina banyak bergantung kepada urusjanji-urusjanji sulit dan urusan-urusan secara sulit. Memandangkan perniagaan mereka itu adalah kebanyakannya merupakan perusahaan keluarga maka amalan ini sangatlah penting. Kesetiaan kepada keluarga akan mempastikan agar segala urusjanji perniagaan, betapapun tidak menurut amalan biasa, tidak akan diberitahu kepada orang lain hingga boleh merugikan perniagaan mereka. Begitulah juga dalam pernia­gaan runcit, orang-orang Cina hanya mengambil kaum keluar­ganya sebagai pekerja. Dengan cara ini mereka boleh meng­ubah-ubah harga barang hingga menyebabkan sukar bagi pihak lain untuk menawarkan harga yang lebih murah. Sistem perakaunan mereka juga dibuat mengikut cara lama tetapi ber­kesan. Harga yang berubah-ubah telah membolehkan kos per­belanjaan yang mungkin tidak dapat diambil kira kini boleh dimasukkan ke dalam harga barang. Bagi perniagaan runcit keluarga khususnya cara perakaunan ini boleh dikatakan tidak bermakna langsung kepada orang lain. Pentingnya perakaunan ini ialah kerana is memenuhi kehendak Kerajaan. Ia menun­jukkan secara kasar jenis-jenis dan jumlah barangan yang diniagakan di kedai tersebut. Bagaimanapun, lazimnya buku kira-kira yang berasingan disimpan untuk disemak oleh pihak, Kerajaan.
Mempunyai tapak yang kukuh adalah amat penting dalam perniagaan. Orang-orang Cina memang sudah lama kukuh dalam perniagaan dan mereka telah dapat memasuki semua lapangan perniagaan runcit serta kebanyakan perniagaan borong. Hakikat ini membolehkan mereka menetapkan syarat­syarat mereka semasa memasarkan sesuatu barang. Adalah amat penting bagi sesiapa jua yang ingin menjual sesuatu ber­urusjanji dengan orang-orang Cina. Andainya mereka cuba ber­urusjanji dengan orang lain maka bukan sahaja ini akan melenyapkan saluran luar untuk barangan mereka malah bilangan pelanggan mereka juga akan terhad. Orang-orang Cina yang kaya-raya sudah tentulah merupakan pelanggan yang paling besar. Orang-orang Cina sudah tentulah lebih meng­utamakan kedai-kedai Cina. Jadi mereka yang tidak dapat menjualkan barang-barang mereka kepada kedai-kedai Cina sudah pastilah tidak akan mendapat keuntungan yang diharapkan.
Salah satu misalan ialah edaran petrol. Orang-orang Melayu turut membuka stesen-stesen minyak setelah adanya galakan daripada Kerajaan. Orang-orang Cina tidak memulaukan kese­luruhan stesen-stesen ini. Sebaliknya stesen-stesen ini tidak akan mendapat kontrak untuk membekalkan minyak kepada lori-lori dan bas-bas yang dimiliki oleh syarikat-syarikat pengangkutan Cina. Biasanya penjualan minyak kepada syarikat-syarikat ini merupakan sumber pendapatan yang dapat menampung urusan perniagaan stesen-stesen minyak tersebut. Oleh itu stesen-stesen minyak milik bukan Cina tidak dapat maju seperti mana stesen minyak Cina. Dalam hal ini hubungan-hubungan perniagaan tidak wujud. Demikianlah juga keadaannya dengan lain-lain perniagaan. Kuasa untuk memulau sebahagian atau sepenuh­nya berada di tangan orang Cina dan mereka tidak pernah ragu­ragu untuk menggunakan kuasa itu. Orang-orang Cina tidak akan berniaga dengan orang-orang bukan Cina kecualilah kalau keadaan memaksa. Malah firma-firma Eropah juga mendapati lebih mudah mengambil eksekutif-eksekutif Cina bekerja dengan mereka untuk memudahkan urusjanji dengan pemborong­pemborong dan pengedar-pengedar Cina.
Adalah tidak tepat untuk menganggap bahawa orang-orang Melayu tidak tahu bahawa perangkaan itu salah. Andainya mereka tidak menonjolkan kesalahan ini, sebabnya, seperti yang disebutkan tadi, ialah kerana mereka tidak suka bersikap tidak sopan terhadap orang lain. Di samping perasaan tidak suka menghadapi kenyataan hidup yang penuh cabaran, terdapat juga sikap tidak peduli yang sudah lazim di kalangan mereka. Setakat ini hanya kesusahan dan halangan yang dihadapi oleh orang Melayu telah dibincangkan. Sebenarnya tidaklah adil kalau orang lain sahaja disalahkan kerana kemerosotan ekonomi orang Melayu. Orang Melayu juga patut mengakui bahawa kemerosotan ini juga disebabkan oleh mereka sendiri. Sikap yang ditunjukkan oleh orang Melayu, sama ada para pemimpin­nya mahupun penduduk-penduduk kampung, telah menyebab­kan orang lain begitu mudah menyingkirkan orang Melayu dari bidang ekonomi.
Orang Melayu memang bersedia untuk menggunakan barang-barang barn atau kemahiran-kemahiran orang lain yang bar'. Malangnya mereka tidak mahu mempelajari cara untuk memperolehi kemahiran ini. Dari bukti-bukti yang diketahui, orang-orang Melayu biasa menjadi tukang emas yang mahir. Akan tetapi apabila datang tukang emas Cina, hasil kerja orang Melayu telah digantikan oleh hasil kerja orang Cina yang lebih baik. Orang Melayu tidak pula berusaha untuk mempelajari kemahiran ini dari orang Cina. Memang benar bahawa orang­orang Cina tidak akan mengajar kemahiran mereka kepada orang Melayu. Orang Melayu sepatutnya mudah mengorek rahsia ini dari orang-orang Cina kerana pada waktu itu bilangan mereka masih tidak ramai. Sebaliknya apa yang terjadi ialah pelanggan Melayu telah ditarik oleh orang-orang Cina kerana hasil kerja mereka adalah lebih baik. Orang Melayu lebih rela meninggalkan pekerjaan tersebut. Lama-kelamaan hampir tidak terdapat tukang emas Melayu di tempat-tempat yang terdapat tukang emas Cina. Perkara yang sama berlaku dalam tiap-tiap pekerjaan lain. Sewaktu rumah-rumah dibina dari kayu terdapat tukang kayu Melayu yang membuat rumah­rumah kayu dengan menggunakan seni ukiran dan pahat yang halus. Apabila rumah-rumah batu mula didirikan, orang-orang Melayu tidak mempelajari cara membuat rumah dari bahan­bahan ini. Pada hari ini bahan-bahan untuk pembinaan terlalu banyak jenisnya dan kompleks sekali. Kalaupun orang Melayu ada kemahuan namun mereka tidak dapat lagi membina dengan sendiri. Bagaimana sekalipun mereka pasti memerlukan tukang-tukang Cina. Kini orang-orang Cina tidak boleh di­ketepikan lagi bukan sahaja oleh negara tetapi juga oleh orang­orang Melayu sendiri.
Kemajuan yang pesat dalam penggunaan mesin dan elek­tronik telah memburukkan lagi keadaan ini. Kipas angin elektrik misalnya boleh dikatakan barang yang biasa di rumah orang Melayu. Orang Melayu tahu bagaimana menggunakan kipas itu, tetapi mereka tidak tahu langsung untuk membuat atau membaikinya. Pada masa yang sama orang-orang Melayu yang membuat kipas dari daun kipas telah berhenti membuatnya kerana orang tidak mahu membeli barang itu lagi. Proses itu turut berlaku setiap kali barang atau kemudahan moden diper­kenalkan. Keinginan untuk maju seiring dengan kemajuan zaman tidak ada. Sikap kurang berminat telah tersemadi di kalangan orang Melayu yang menganggap diri mereka tidak layak menyertai apa-apa bidang sekalipun.
Apakah perkara ini benar? Apakah mereka tidak layak bagi apa-apa bidang sekalipun? Ada perkara di sebalik fenomena ini. Orang Melayu, kecuali mereka dari Kelantan, mungkin tidak dapat membina sendiri rumah-rumah batu. Akan tetapi arkitek-arkitek Melayu sebenarnya merancang dan mengarahkan keseluruhan operasi pembinaan. Jurutera-jurutera Melayu boleh merancang dan mengarahkan pembinaan jambatan­jambatan yang paling moden. Pakar pertanian Melayu boleh membuat eksperimen dan mengarahkan penanaman setiap jenis tumbuhan. Para doktor dan peguam Melayu adalah setanding dengan doktor dan peguam dari bangsa lain. Pentadbir­pentadbir Melayu adalah lebih baik dari lain-lain kaum. Orang­orang Melayu memang mempunyai keupayaan akan tetapi cuma dalam bidang-bidang tertentu sahaja mereka dimajukan. Di antara petani Melayu tradisional dan golongan elit terpelajar ada suatu kekosongan di kalangan orang Melayu. Potensi mereka dalam lapangan ini belum lagi dimajukan. Seba­hagiannya adalah kerana sikap tidak apa mereka sendiri dan juga oleh sikap tidak berpandangan jauh pemimpin-pemimpin mereka. Sesungguhnya pemimpin mereka yang bertanggung­jawab juga bersikap kurang berminat seperti yang tersemadi pada masyarakat Melayu.
Apabila tajuk persamaan kaum diperbincangkan, negeri yang mula-mula terlintas di fikiran ialah Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat semua warganegara, tidak kira warna, kaum atau agama adalah sama di sisi undang-undang. Namun, ada beberapa negeri dalam persyarikatan itu yang undang-undang­nya sendiri bersifat diskriminasi, tetapi Perlembagaan Persekutuan (Amerika Syarikat), seperti yang ditafsirkan oleh mahkamah, memberi kaum Negro status yang sama seperti rakyat Amerika yang lain. Perbezaan kaum yang terdapat di Amerika Syarikat bukanlah disebabkan oleh undang-undang yang bersifat diskriminasi tetapi adalah oleh sebab pemulauan ekonomi dan sosial. Jika reaksi yang merusuh itu dianggap sebagai satu petanda, maka kita dapati bahawa pengasingan sosial dan ekonomi adalah sama atau mungkin lebih dibenci dari perbezaan di sisi undang-undang.
Bagaimanakah kedudukan orang-orang Negro di Amerika Syarikat? Seperti yang telah dinyatakan, Perlembagaan Ame­rika dalam Pindaan yang ke 13, 14 dan 15 memberi orang-orang Negro status yang sama dengan warganegara lain di Amerika Syarikat. Interpretasi awal Perlembagaan ini adalah berat sebelah, tetapi Mahkamah Persekutuan Amerika telah dapat mengatasi perasaan prasangka hakim-hakim yang terdahulu. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa interpretasi sekarang menganggap bahawa semua warganegara, tidak kira warna, kaum, keturunan ataupun tempat asal, adalah sama di sisi undang-undang dan mempunyai hak yang sama sebagai warga­negara. Rang Undang-undang Hak yang termaktub di dalam Pindaan 14 Perlembagaan Amerika telah menerangkan dengan lebih lanjut hak-hak warganegara. Oleh kerana Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Amerika Syarikat dan mah­kamah tinggi mempunyai kuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan itu, maka undang-undang dan amalan diskriminasi dalam sesuatu negeri yang tertentu boleh dimansuhkan dengan rujukan kepada Perlembagaan Persekutuan. Dengan lain-lain perkataan, tidak dapat dinafikan bahawa dari segi undang­undang, persamaan kaum terdapat di Amerika Syarikat. Jika terdapat gangguan-gangguan dan rusuhan-rusuhan yang ber­laku oleh sebab perbezaan kaum di Amerika Syarikat, ini bukan­lah disebabkan kerana Perlembagaan itu bercorak diskriminasi tetapi adalah kerana wujudnya diskriminasi dalam bidang sosial dan ekonomi terhadap orang-orang Negro.
Diskriminasi sosial dan ekonomi adalah sama berkesan dan memalukan seperti juga diskriminasi undang-undang. Malahan is boleh menjadi lebih berkesan daripada diskriminasi undang-undang. Ghetto (kawasan pengasingan kaum) bukanlah dibina khas sebagai ghetto orang Negro. Pada mulanya ia adalah tempat-tempat tinggal biasa di kawasan bandar yang terbuka kepada semua warganegara. Roxbury di Boston, bahagian ban­daraya yang diduduki oleh orang-orang Negro, kelihatan serupa sahaja dengan kawasan-kawasan bandar yang lain di Amerika Syarikat. Apa yang menjadikan Roxbury sebagai kawasan orang Negro adalah tindakan orang kulit putih berpindah keluar secara senyap-senyap dari sesuatu kawasan di mana orang kulit hitam pindah masuk. Sebaik sahaja orang Negro mempunyai cukup wang untuk membeli tempat-tempat kediamannya dalam sesuatu kawasan bandaraya yang lebih baik, orang-orang kulit putih akan meninggalkannya beramai-ramai lalu menjadikan kawasan itu suatu ghetto orang kulit hitam. Oleh kerana bangunan-bangunan yang ditinggalkan itu tidak akan didiami oleh orang-orang kulit putih yang lebih kaya dari orang kulit hitam, maka harganya mulai turun dan orang-orang kulit hitam yang miskin masuk tinggal di tempat itu. Kawasan bandar ter­sebut kemudian menjadi kawasan meleset Negro.
Ada satu lagi corak perbezaan kaum yang berlaku di Amerika Syarikat yang kurang mendapat publisiti. Kaum Red Indian juga menderita akibat perbezaan kaum seperti orang-orang Negro tetapi oleh sebab bilangan mereka kecil dan mereka hanya tertumpu di kawasan-kawasan yang jarang dilawati pem­berita-pemberita akhbar, maka penderitaan mereka tidak berapa diketahui ramai. Namun demikian, yang anehnya ialah orang-orang Red Indian ini adalah sebenarnya orang-orang yang mempunyai keistimewaan di Amerika Syarikat. Mereka mempunyai tanah-tanah yang tidak boleh dibeli oleh orang­orang lain dan mereka juga telah dikecualikan daripada mem­bayar cukai-cukai yang tertentu. Dari segi undang-undang mereka mempunyai `persamaan' yang lebih daripada warga­negara lain di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, mereka bukanlah satu bangsa yang kuat di Amerika tetapi mereka merupakan golongan paria. Satu pendapat umum orang-orang kulit putih Amerika mengenai orang-orang Red Indian ialah bahawa orang-orang Red Indian ini tidak dapat diperbaiki lagi. Sekiranya diberi duit mereka lebih suka membeli kereta Cadillac daripada memperbaiki diri mereka.
Di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa status orang­orang Melayu adalah berbeza dengan status orang-orang bukan Melayu. Kategori orang-orang Melayu dan orang-orang Red Indian di Amerika Syarikat adalah lebih kurang sama. Orang­orang Melayu diiktiraf dan diakui sebagai bumiputera di negara ini tetapi negara ini bukan lagi menjadi milik mereka sepenuh­nya. Walau bagaimanapun, untuk melindungi dan menjaga status mereka, undang-undang tertentu adalah perlu.
Ciri-ciri yang begini membezakan satu kaum dari yang lain lebih dari faktor-faktor fizikal seperti warna dan fisiognomi. Semua ciri ini terdapat dalam tiap-tiap kaum secara yang nyata atau tidak. Ciri-ciri ini tidak mempunyai makna sehinggalah kaum-kaum yang berbeza ini mempunyai hubungan antara satu sama lain. Kebakhilan dan kemahiran mengendalikan wang membolehkan orang-orang Yahudi mengawal perdagangan di Eropah. Ini telah membangkitkan perasaan anti Yahudi yang tenggelam timbul di kalangan orang-orang Eropah sejak ber­zaman-zaman dahulu. Semangat ingin tahu dan dahagakan pengalaman barn, yang menjadi sifat utama orang-orang Eropah, telah membawa mereka menjelajah dan menakluki tanah-tanah yang dipunyai oleh orang-orang Asia dan Afrika yang tidak tinggi semangat ingin tahunya. Perasaan toleran dan sikap laissez-faire (tidak apa) orang-orang Melayu telah mem­bolehkan orang-orang British menakluki Tanah Melayu tanpa peperangan yang diisytiharkan dan kemudian diikuti dengan kemasukan orang-orang Asia yang bukan Melayu secara beramai-ramai.
Sifat orang-orang Melayu yang sopan dan suka merendah diri itu hanyalah salah satu aspek daripada watak orang Melayu. Perasaan sabar yang selalu dipaksakan oleh orang Melayu ke atas diri sendiri bukanlah suatu kelaziman. Selalunya ada pergelutan dalam hati sanubari orang Melayu, iaitu satu pertelingkahan, dan pertelingkahan ini dinyatakan dalam pel­bagai cara. Akibat pertama dan paling penting ialah dia menjadi pendiam dan mengongkong dirinya kepada kaumnya sendiri. Dia tidak pernah berterus terang kecuali dengan orang-orang yang simpatinya betul-betul dapat dipercayai. Dan dia betul­betul dapat mempercayai hanya bangsanya sendiri. Oleh kerana itu pendapat-pendapat yang dilahirkan kepada orang-orang yang bukan sebangsa dengannya berbeza daripada pendapat­pendapat yang dilahirkan kepada orang-orang sebangsanya. Sudah barang tentu perbezaan ini lahir hanya apabila perkara yang hendak dinyatakan itu sesuatu yang tidak baik dan tidak menyenangkan. Sekiranya pendapat yang sebenar tidak menyebabkan apa-apa yang tidak baik atau kemarahan, maka dia tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan pendapatnya itu kepada masyarakat sendiri dan juga kepada masyarakat lain. Oleh kerana itu adalah salah kalau orang Melayu diterima pada lahirnya sahaja. Lebih baik jika sopan-santunnya dan perasaan jijiknya terhadap perkara-perkara yang tidak baik difahami betul-betul. Pertelingkahan dalam dirinya itu sangat berbahaya dan sentiasa sahaja mencari jalan untuk lahir.
Tidak dapat dinafikan bahawa di Tanah Melayu orang Melayulah yang mula-mula sekali membentuk kerajaan yang berkesan. Negeri-negeri Melayu telah diiktiraf di kalangan antarabangsa sejak permulaan sejarah Tanah Melayu lagi. Per­niagaan, perjanjian dan perwakilan diplomatik dengan negara­negara lain dirundingkan dengan kerajaan negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu yang diperintah oleh orang Melayu. Orang Melayu selamanya menjadi orang tetap di Semenanjung Tanah Melayu. Orang-orang asli tidak pernah diberi pengiktirafan seperti itu dan mereka sendiri pun tidak pernah mendakwa bahawa mereka ada menerima pengiktirafan seperti itu. Tidak pernah diketahui adanya kerajaan orang asli ataupun negeri yang diperintah oleh orang asli. Lagi pula jumlah mereka tidak pernah melebihi jumlah orang Melayu pada bila-bila masa pun. Adalah nyata, bahawa jika sekarang ini ada empat juta orang asli, hak orang Melayu untuk menganggap Semenanjung Tanah Melayu sebagai milik mereka akan dipersoalkan oleh dunia. Tetapi sesungguhnya orang asli itu berjumlah hanya beberapa ribu orang sahaja.
Kerajaan Maharaja China menerima upeti dari beberapa buah negeri Melayu. Perbuatan ini dengan sendirinya meru­pakan satu bentuk pengakuan Negeri China terhadap wujudnya negeri-negeri Melayu dan sahnya kerajaan Melayu itu dari segi undang-undang. Oleh kerana itu, jika amalan antarabangsa dijadikan ukuran, maka orang Melayu adalah orang tetap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pemerintah yang asal dan sebenar dan pemilik Tanah Melayu. Tidak ada sebarang kaum lain yang mempunyai alasan untuk membantah hakikat ini. Sejarah, terutama sejarah baru-baru ini, tambah memperkuat­kan lagi tuntutan orang Melayu ini. Segala urusan dengan kerajaan-kerajaan dan orang asing dibuat dengan raja-raja Melayu sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut. Tidak ada siapa lagi yang pernah mengaku dirinya mempunyai hak untuk mengadakan perjanjian atau persetujuan bagi pihak Semenanjung Tanah Melayu. Melaka dirampas oleh Portugis daripada orang Melayu. Kemudiannya, negeri itu terlepas dari Portugis kepada Belanda dan dari Belanda kepada British. Pulau Pinang pula dipajakkan kepada British oleh Sultan Melayu Kedah, kemudian Seberang Perai ditambahkan pula kepada jajahan British Pulau Pinang, juga dengan perjanjian dengan Sultan Kedah. Daerah Dinding dan Pulau Pangkor dipajakkan oleh Sultan Melayu Perak. Apabila kedua-dua daerah ini sudah tidak berguna lagi kepada British maka daerah-daerah tersebut dipulangkan kembali kepada Sultan Negeri Perak. Tidak ada apa-apa soalan yang pernah dibangkitkan sama ada rakyat jajahan British di kedua-dua kawasan seharusnya mewarisi jajahan itu. Malahan pendapat mereka tidak pernah diminta. Dan tidak ada bantahan atau hasutan yang berlaku apabila daerah Dinding dan Pulau Pangkor dikembalikan kepada Perak.
Berkenaan dengan Singapura, pihak British telah menipu Maharaja Johor. Nyatalah bahawa seandainya tidak terjadi penukaran sultan di Johor, secara rahsia diatur oleh pihak British, maka Singapura tidak mungkin diserahkan kepada pihak British. Bahawa semua ini perlu dilakukan menunjukkan bahawa pihak British mengetahui dan mengakui hak orang Melayu ke atas pulau Singapura.
Dalam sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu selepas itu, orang Melayu dan raja-raja Melayu sahajalah orang-orang yang diminta pendapatnya dan yang diakui oleh British sebagai orang tetap di Tanah Melayu. Di Negeri-negeri Selat, pihak British memerintah dengan tidak mempedulikan orang Melayu. Hal ini mungkin kerana raja-raja Melayu tidak dapat membantah. Sultan Kedah memang telah berusaha untuk men­dapatkan kembali Pulau Pinang tetapi mengalami kekalahan teruk di tangan askar upahan British. Sesudah kejadian ini maka dirasakan lebih baiklah British dibiarkan sahaja. Nyatalah kepada orang Melayu bahawa apabila kawasan-kawasan di­pajakkan kepada pihak British, maka mereka akan bertindak bukan sebagai pemajak malah sebagai pemilik yang sah ataupun sebagai tuan tanah. Kalau tidak ada angkatan tentera yang boleh mengalahkan kuasa British maka sebarang percubaan untuk memaksa pihak British mengubah takrif mereka tentang perkataan `pajakan' itu akan sia-sia sahaja.
Di tempat-tempat lain di Semenanjung Tanah Melayu, pihak berkuasa British memerintah melalui orang Melayu. Memang diakui pula bahawa orang Melayu tidak mempunyai pilihan kecuali mengikut sahaja perintah pihak British. Terdapat kepalsuan perkataan-perkataan yang ditulis di dalam berbagai perjanjian dengan British dan menurut perjanjian-perjanjian tersebut raja-raja Melayu `mesti menerima nasihat Penasihat­penasihat British apabila nasihat diberikan'. Ini sudah tentu akan memalukan semua orang lain kecuali pihak British. Cara ini membolehkan British melakukan apa sahaja yang mereka suka. Dan yang mereka suka tidak ada hadnya. Antaranya termasuklah memecat raja-raja dan mengubah undang-undang penggantian waris mereka.
Akan tetapi hakikatnya masih juga pihak British yang meme­rintah Tanah Melayu melalui orang Melayu dan bukan melalui orang lain. Memanglah benar bahawa badan-badan penasihat perundangan mengandungi beberapa orang bukan Melayu, tetapi tugas badan-badan ini sedikit sekali kena mengena dengan kuasa eksekutif. Badan-badan ini dapatlah dikatakan sebagai semata-mata untuk menebus malu British. Orang-orang bukan Melayu yang dilantik menjadi ahli dewan perundangan di negeri-negeri Melayu sebenarnya adalah `pak turut' semata­mata. Semua perubahan yang utama, seperti membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan cadangan sebuah Kesatuan Kastam yang meliputi semua negeri di Tanah Melayu, dirundingkan secara langsung dengan sultan-sultan sebagai ketua eksekutif yang sebenarnya bagi tiap-tiap negeri.
Penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun tidak mengubah kedudukan raja-raja Melayu. Jepun membiarkan mereka sebagai sultan, walaupun Kerajaan Tentera Jepun merasa tidak perlu meminta nasihat mereka dalam hal ehwal pentadbiran atau dasar. Semasa peperangan sedang melanda Asia Tenggara, Jepun telah memindahkan keempat-empat buah negeri Melayu di utara kepada pemerintahan Thai. Negeri Thai memerintah negeri-negeri ini melalui gabenor tentera tetapi mereka tidak pun menghapuskan kedudukan raja-raja. Sesungguhnya pula sultan-sultan itu lebih istimewa kedudukan mereka di bawah pemerintahan Thai daripada di bawah pemerintahan Jepun.
Kekalahan Jepun diikuti dengan beberapa perubahan di dalam pentadbiran wilayah-wilayah yang dahulunya terletak di bawah naungan British. Raja Brooke di Sarawak dan Syarikat Borneo Utara British telah diminta menyerahkan kekuasaan mereka di kedua-dua wilayah itu kepada Kerajaan British. Mereka tidak mempunyai pilihan lain. Apabila salah seorang anggota keluarga Brooke membantah maka tindakan yang di-ambil terhadapnya membayangkan keazaman British mengenai hal ini. Malahan pembunuhan Gabenor British di Sarawak pun tidak menghalangi pihak British.
Di Tanah Melayu, rancangan British telah mengenepikan bagi kali pertamanya amalan-amalan yang sudah-sudah, iaitu berunding dengan raja-raja Melayu yang memerintah negeri ini. Kerajaan Buruh di Britain pada waktu itu, kerana kurang pengetahuan atau tidak mempunyai pengetahuan tentang negara ini, merasakan sultan-sultan Melayu itu tidaklah begitu demokratik. Oleh itu, mereka hendak diturunkan kepada ketua agama semata-mata dan pentadbiran negara akan diambil alih sepenuhnya oleh British. Tambahan pula semua orang yang tinggal di Tanah Melayu akan dijadikan warganegara dan mem­punyai hak yang sama seperti orang Melayu. Memanglah kalau mengenai soal membahagikan harta benda orang lain pihak British bersikap dermawan. Misalnya di Palestin, seluruh negeri itu diambil dari orang Arab dan diberikan kepada orang Yahudi.
Bagaimanapun, sikap mahu merasmikan sesuatu masih kekal pada pihak British. Walaupun mereka mempunyai kuasa dan kekuatan untuk mengenepikan sultan-sultan dan orang Melayu, namun mereka masih mahu memperolehi persetujuan yang rasmi dari para sultan untuk gagasan Malayan Union yang di­cadangkan itu. Sesuai dengan itu seorang pegawai dari Palestin telah dipilih untuk menjalankannya. Secara tergesa-gesa per­setujuan itu diperolehi secara paksa dari kesembilan raja Melayu setelah mereka diancam bahawa mereka tidak akan diiktiraf jika mereka berdegil. Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah bahawa sekalipun pada waktu paling genting dalam per­hubungan di antara orang Melayu dan British, pihak British masih mengakui secara rasmi kuasa sah yang dipegang oleh sultan-sultan Melayu di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu. Ini diperkukuh lagi apabila British telah memulihkan status raja-raja Melayu selepas berlaku tentangan dan rusuhan hebat oleh orang Melayu. Ini telah memaksa British menarik balik rancangan mereka untuk membentuk Malayan Union.
Sejak dari itu dan seterusnya segala perubahan yang berlaku sehingga tercapai kemerdekaan Tanah Melayu dalam tahun 1957 dibuat dengan perundingan dan persetujuan sepenuhnya dari raja-raja Melayu dan juga dengan bangsa Melayu diwakili oleh parti politik Melayu yang terbesar, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Maka jelaslah bahawa sehingga mereka menyerahkan kuasa mereka pada Hari Kemer­dekaan dalam bulan Ogos tahun 1957, British mengakui bangsa Melayu sebagai satu-satunya bangsa yang perlu dirujuk untuk mendapatkan persetujuan mereka sebelum sebarang perubahan dilakukan di Tanah Melayu. Kaum-kaum lain juga dibawa berunding tetapi sebarang cadangan yang ditentang oleh orang Melayu tidak akan lulus sama sekali.
Sejak Merdeka telah timbul berbagai pendapat lain mengenai tuntutan persamaan hak orang Cina dan India dengan orang Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara mereka sendiri. Tuntutan-tuntutan ini mengenepikan semua kejadian yang dapat dijadikan tauladan dan fakta sejarah. Salah satu dakwaan yang agak menarik ialah bahawa orang-orang Cina dan India adalah orang-orang yang telah memajukan Tanah Melayu dan menjadikannya makmur. Dakwaan ini nampaknya memberikan hak kepada para pemaju sebagai pemilik tanpa memperhitungkan pertimbangan-pertimbangan lain.
Pertamanya, kenyataan ini tidaldah begitu tepat. Ada ber­bagai faktor yang telah menyebabkan Tanah Melayu menjadi maju dan semua kaum turut memberikan sumbangan terhadap kemajuan ini. Toleransi orang Melayu terhadap migrasi yang beramai-ramai tidak dapat diketepikan sebagai suatu faktor yang tidak kurang pentingnya. Jika orang Melayu membantah hal ini dari mulanya, maka tidak akan terdapat pendatang-pendatang untuk memajukan Tanah Melayu. Bukan sahaja orang Melayu membenarkan migrasi, malahan mereka juga bertanggunjawab bagi memerintah dan mengawal negara ini supaya pendatang­pendatang ini dapat mengumpulkan harta tanpa perasaan takut bahawa harta itu akan dirampas. Memanglah benar bahawa dalam tugas ini mereka dinasihati dan dibantu oleh British, tetapi bukankah ini hanya menunjukkan bahawa British juga bertanggungjawab memajukan negara ini dan menjadikannya makmur. Pendatang-pendatang itu datang ke Tanah Melayu bukanlah untuk memajukannya. Mereka datang oleh kerana kekayaan yang dapat diperolehi dalam suasana yang penuh dengan toleransi dan kestabilan. Ini membezakan Tanah Melayu daripada tanah-tanah jajahan dan negara-negara lain di Asia Tenggara. Faedah yang diperolehi dari kemajuan ini, ter-utamanya, tertumpu kepada pendatang-pendatang yang mencari kekayaan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar tidak mendapat banyak faedah daripada kemajuan dan kemakmuran ini. Jadi, kalaupun tidak ada kema­juan, mereka tidak akan mempedulikannya. Mereka sudah tentu tidak akan melepaskan tuntutan mereka terhadap Tanah Melayu semata-mata untuk digantikan dengan kemakmuran yang tidak dapat mereka nikmati bersama.
Perasaan perkauman bukanlah perkara baru di Malaysia. Walaupun ada dakwaan yang hendak menafikannya namun hakikat yang nyata ialah tidak ada satu pun parti politik di Malaysia yang betul-betul bukan perkauman. Sebahagian besar orang-orang Malaysia barn menyedari betapa meruncingnya masalah perkauman ini setelah berlangsungnya Pilihanraya tahun 1969.
Di Malaysia sekarang banyak janji manis dilafazkan terhadap konsep bukan perkauman dan lebih-lebih lagi terhadap politik bukan perkauman. Parti perkauman yang boleh dijadikan contoh utama ialah Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan juga parti-parti komponen dalam Perikatan.
Selain PAS yang terus terang bersifat perkauman, parti-parti lain, termasuk rakan-rakan Perikatan mendakwa sebagai bukan perkauman. Meskipun mereka bersungguh-sungguh mem­bantahnya, namun semua parti politik bersifat perkauman di dalam kegiatan politik mereka. Sesungguhnya, semakin bukan perkauman bentuknya maka semakin besarlah pula dorongan perkaumannya. Satu-satunya perbezaan di antara parti-parti ini ialah pendekatan masing-masing terhadap masalah perkauman. Satu kumpulan berpendapat bahawa perbezaan-perbezaan kaum ada dan oleh itu berusaha untuk mengurangkan per­bezaan ini seberapa yang mungkin supaya suatu masyarakat yang adil dapat diwujudkan. Kumpulan yang lain pula ber­pendapat bahawa faktor perbezaan kaum patut diketepikan. Dalam suasana persamaan yang mendadak di antara warga­negara, politik mereka, bila dianalisa, menunjukkan perkauman yang melampau.
Kedua-dua golongan ini disokong oleh pengikut-pengikut yang jujur, yang lurus dan juga yang betul-betul penipu. Oleh kerana mereka yang benar-benar jujur nampaknya tidaklah begitu besar jumlahnya, maka tidak hairanlah kalau kedua-dua golongan ini saling curiga mencurigai. Maka eloklah kalau kita bincangkan kedua-dua kumpulan ini.
Mula-mula elok diambil golongan yang `mengelakkan persoalan (kaum) untuk sementara waktu'. Penganjur-penganjur golongan ini cuba melupakan kaum dan terus berlagak seolah­olah perkara seperti itu tidak wujud. Mereka menunjuk kepada parti-parti politik yang terus terang bersifat perkauman dan menuduh parti-parti itu sebagai cuba memelihara kesetiaan bangsa dan rasa perkauman.
Namun begitu, apakah begitu mudah untuk melupakan bangsa? Apakah kaum-kaum di Malaysia ini begitu istimewa hingga mereka dengan mudah dapat melupakan asal keturunan mereka, padahal kita tahu bahawa di seluruh dunia bangsa atau kelompok etnik merupakan tenaga utama force majeur baikpun dari segi politik dalam negeri mahupun politik luar negeri? Bukti-bukti menunjukkan bahawa Malaysia tidak unik dalam hal ini. Sebenarnya penduduk Malaysia lebih sedar akan kaum­nya daripada kebanyakan penduduk lain, sebab penduduk Malaysia adalah orang Asia, dan orang Asia di mana-mana juga begitu erat tali hubungannya dengan kaum mereka lebih dari­pada orang Eropah atau Afrika. Orang-orang kulit putih Amerika dan Australia mungkin berasal dari kawasan-kawasan berlainan di Eropah tetapi mereka tidak menaruh kebanggaan terhadap keturunan kaum mereka itu. Orang-orang Negro Amerika nyatalah datang dari suku kaum Afrika yang berbeza­beza tetapi tidak ada yang berbicara sebagai orang Watutsi atau orang Zulu atau orang Kikuyu. Akan tetapi orang India Asia di Amerika berbeza daripada orang Cina Asia di Amerika ataupun orang Filipina Amerika. Mereka itu bukanlah orang Asia. Mereka adalah orang India, orang Cina dan orang Filipina. Mereka tidak dapat melupakan kaum masing-masing kerana mereka benar-benar berbeza.
Di Malaysia ada tiga kaum utama yang hampir-hampir tidak mempunyai sebarang persamaan. Firasat, bahasa, kebudayaan dan agama mereka berbeza. Di samping itu bagaimanakah sesuatu kaum itu boleh melupakan kaumnya sendiri jika tiap­tiap kaum itu terpisah secara fizikal dari kaum yang lain? Se­jumlah besar penduduk di Malaysia tidak pernah beramah­tamah. Malahan kebanyakan mereka tidak pula berjiran. Mereka tinggal terpisah dalam dunia yang berlainan — orang Cina di bandar, orang Melayu di kampung, dan orang India di estet. Tiada sebarang sebab yang membolehkan seseorang itu melupakan bangsanya. Jadi orang yang berkata "lupakan bangsa" tentulah pandir atau penipu.

No comments: