Tuesday, November 10, 2009
PENGAJARAN DARI DRAMA MCA
Pertama - Usah terlalu yakin dengan sokongan orang bawah. Dato' Seri Ong Tee Keat dan Dato' Seri Chua Soi Lek percaya ahli-ahli MCA akan memihak kepada mereka. Sebab itulah mereka memanggil mesyuarat khas. Akhirnya, lebih separuh perwakilan memberikan undi tak percaya kepada Ong, manakala Chua hanya disahkan sebagai ahli biasa bukannya Timbalan Presiden parti.Kedua - Musuh politik akan bersatu apabila kedudukan mereka terancam. Bukan rahsia, Ong dan Chua adalah seteru politik. Macam anjing dan kucing. Masing-masing cuba menyingkirkan antara satu sama lain. Bagaimanapun apabila mereka merasakan Dato ' Seri Liow Tiong Lai mengancam kedudukan mereka, Ong dan Chua bersatu.Ketiga - Usah tunjukkan tembelang politik secara berlebihan. Apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden, Liow menunjukkan tembelang dengan mendesak satu lagi mesyuarat khas. Tujuannya ialah untuk menyisihkan Ong. Akhirnya Ong dan Chua berpakat, menjadikan Liow tersepit. Liow harus mencari jalan keluar yang boleh memuaskan hati penyokong-penyokongnya.Itulah drama MCA. Dalam drama pun banyak pengajaran!
kempen bersih tapi kotor
13 years ago
No comments:
Post a Comment