Sunday, April 18, 2010

pilihanraya kecil hulyu selangor

Zaid Ibrahim(Saman Hudud) calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor
Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.
Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.
Dia kenali sebagai orang yang saman hudud kelantan dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan dan patut dibuat dalam Dewan Rakyat.
Zaid juga mengakui bahawa kes saman itu dilakukan atas kapasiti dia sebagai seorang peguam yang liberal.

Wednesday, March 10, 2010

pakatan rakyat semboyan halilintar keputerajaya

tajuk pakatan rakyat memang gah semboyan halilintar keputrajaya memang malam tu gah dengan 8000 orang negeri sembilan datang berduyung -duyung mendengar kerajaan malaysia dihentam rasuah tak buat kerja untuk rakyat akan tetapi pada malam tulah rakyat negeri sembilan diperbodohkan oleh pakatan rakyat dengan diletak dipadang dibiar berhujan basah kuyup macam anjing kurap.Cukup-cukuplah orang negeri sembilan diperbodohkan sedangkan yb dap,yb pas,yb pkr seronok duduk atas kemah beratap tak kena hujan rakyat dibiar basah kuyup dibawah dan tak ada jamuan makan pun dibiar basah dan kebuluran.Terasa hina betul aku pada malam tu sedangkan juara rakyat diberi kemah ,berkipas dan diberi jamuan makan akan tetapi diprogram pakatan rakyat dibiar berhujan basah kuyup dan tak makan lepas tu minta duit dekat rakyat .Cukuplah rakyat dihina sehina nya.

Tuesday, January 5, 2010

kalau nak guna nama allah masuk islam

Saya membaca pelbagai komentar mengenai keputusan Mahkamah membenarkan The Herald menggunakan kalimat "Allah" dalam penerbitannya. Saya tidak mahu mengulangi kembali hujah-hujah tersebut. Bacalah tulisan-tulisan itu sama ada di akhbar, website atau blog.Pendirian saya ialah saya tak setuju sekiranya "Allah" digunakan bagi merujuk kepada Tuhan seperti yang difahami oleh penganut Kristian atau mana-mana agama lain. Itu tidak wajar dan salah. Ia menyesatkan umat Islam. Saya tidak redha Allah dirujuk dalam konteks sedemikian. Di Barat, istilah "Allah" tidak digunakan oleh orang Kristian. Malah, ada organisasi Kristian yang tak setuju penggunaan istilah "Allah" kerana ia membawa konotasi yang berbeza dengan konsep ketuhanan yang mereka anuti.Dalam konteks Malaysia, saya tidak melihat ada keperluan untuk orang bukan Islam menggunakan istilah "Allah". Apakah niat sebenar mereka bersungguh-sungguh menggunakan istilah itu, tanyalah diri sendiri!Dalam hal ini, saya berkongsi kebimbangan sesetengah pihak bahawa penggunaan nama Allah boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini. Malah, umat Islam akan memikul bebanan tambahan untuk menjelaskan kepada anak-anak dan ahli keluarga masing-masing mengenai konsep Allah yang satu dan "Allah" dalam konteks yang difahami oleh penganut agama lain. Satu tugas tambahan yang tak perlu.Isu penggunaan istilah "Allah" ini bukan baru. Ia telah lama dibawa ke Mahkamah. Kementerian Dalam Negeri pun telah mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagaimanapun, umat Islam tidur dan tidak peduli. Seperti biasa, umat Islam akan bangkit dan menunjukkan reaksi apabila keputusan dibuat oleh Mahkamah. Umat Islam ialah kelompok reaktif yang bertindak mengikut isu yang dijaja oleh orang lain.Pada masa yang sama, saya juga melahirkan kebimbangan apabila wujud satu aliran pemikiran yang menyamaratakan agama. Sementara saya menyokong semua usaha mewujudkan perpaduan antara bangsa dan agama, ia tidak bermaksud sampai ke tahap menjadikan semua agama sebagai satu. Itu kurafat.Insiden ini seharusnya menyedarkan kita mengenai betapa kerajaan, parti-parti politik dan semua institusi dalam negara harus berusaha secara bersama bagi mempertahankan Islam dari menjadi serangan pihak-pihak lain. Pada masa yang sama, ia juga menuntut kita untuk melipatgandakan usaha memantapkan kesedaran, ilmu dan penghayatan Islam di kalangan Muslim.Adakah anda beriman dengan Muhammad Rasulullah s.a.w., utusan terakhir? Sekiranya anda menjawab "ya", maka anda beriman dengan Allah s.w.t. Gunakanlah nama Allah!